Tuesday 9 February 2021

Syarat ketat GnG yg dikenakan oleh Majlis Perbandaran /Bandaraya adalah tepat sekali

Skim komuniti berpagar jenis "formal" dan jenis "tidak formal" adalah tidak sama. Pelaksanaan kedua-dua jenis skim komuniti ini harus dibezakan. Komuniti berpagar formal adalah skim yang lebih senang diurus kerana ia adalah sejenis skim perumahan swasta yang memiliki hakmilik stratanya sendiri.

Disebabkan bukan ramai orang yang tahu sangat tentang perbezaan ini, pihak RA yang korup telah mengambil kesempatan untuk melaksanakan skim berpagar di kediaman awam yang menyalahi undang-undang.

Pelbagai kesalahan dilakukan seperti menghalang kenderaan, jalanraya awam dihalang, permintaan dokumen pengenalan seperti MyKad dan Lesen Memandu oleh pengawal keselamatan, penggunaan kad akses automatik yang dilarang dan sebagainya.

Akibatnya kesejahteraan, keharmonian dan perpaduan penduduk dan komuniti sekitar terjejas dengan teruk.

Walaupun kediaman yang dimaksudkan ini bukan jenis harta persendirian atau hakmilik strata, namun pelbagai skim kawalan tidak formal telah dilaksanakan oleh pihak-pihak tertentu, dan walaupun ianya merupakan skim tanpa sebarang unsur paksaan, ramai penduduk masih membayar untuk menyertai skim kawalan di kediaman mereka atas ketakutan dan sebab-sebab tertentu yang lain. Dan walaupun mereka membantah, mereka tidak berani mengeluarkan suara.

Ini semua telah menimbulkan perbalahan dan sengketa di kalangan penduduk dan komuniti. Nampaknya ada pihak-pihak tertentu yang tidak hiraukan undang-undang sediada. Jadi, apa telah terjadi kepada "Rukun Negara - Kedaulatan Undang-Undang?"

Kita sebagai rakyat prihatin yang sayangkan negara ingin menyeru kepada kerajaan terutamanya kepada pihak berkuasa di Selangor supaya mengambil tindakan ke atas skim-skim berpagar yang "tidak formal" terutamanya di daerah Klang dan Setia Alam yang tidak mengikuti syarat, garis panduan dan menyalahi undang-undang.

Masalah ini telah berlarutan kian lama dan pihak berkuasa yang berkaitan sepatutnya lebih prihatin dalam menjaga kebajikan dan kepentingan rakyat jelata secara umum, bukan kepentingan golongan tertentu. Hak semua warganegara harus dipelihara.

Komuniti di taman-taman perumahan (rumah teres 2 tingkat) di sekitar Selangor telah di belenggu oleh wabak GnG haram yang berleluasa dan penduduk sekarang sedang mengeluh menghadapi pelbagai masalah seperti halangan jalanraya awam, menghalang kenderaan daripada keluar masuk, penggunaan sistem kad akses automatik yang tidak dibenarkan, kesalahan daripada permintaan MyKad atau lesen memandu oleh pengawal keselamatan, pengambilan pengawal keselamatan yang tidak berlesen untuk bertugas dan sebagainya.

Skim berpagar yang formal atau sahih patut hanya dibenarkan di kediaman swasta atau strata yang eksklusif sahaja, bukan di taman-taman perumahan umum di bawah PBT.

Cadangan kita ialah hanya skim Kawasan Rukun Tetangga (KRT) dan Skim Rondaan Sukarela (SRS) dibenarkan di taman-taman perumahan di bawah PBT seperti yang dipromosikan semula oleh pihak kerajaan pusat baru-baru ini. 

Kita kena wujudkan amalan-amalan nilai-nilai murni di kalangan masyarakat seluruh Malaysia untuk perpaduan nasional menerusi kedaulatan undang-undang Rukun Negara. Ini juga merupakan aspirasi, pelan dan dasar perpaduan negara 2021 -2030.

Syarat ketat yang dikenakan ke atas skim komuniti berpagar yang tidak formal oleh semua majlis bandaraya /perbandaran di Selangor seperti MBSA, MBPJ, MPK dan MPS adalah tepat sekali dan patut dipuji. Ada sebabnya mengapa semua majlis perbandaran /bandaraya di Selangor telah membuat keputusan ini. Ia dibuat setelah mengambil kira semua faktor termasuk pendapat komuniti secara keseluruhan dan bukannya hanya daripada golongan tertentu sahaja.

Sebagai pihak berkuasa yang bertanggungjawab dan prihatin, dan setelah kajian secara mendalam telah dibuat, pihak majlis telah memutuskan perkara ini. Pujian harus diberi kepada semua pihak majlis tersebut kerana dapat membuat keputusan yang tepat, adil dan berkepentingan komuniti secara holistik. 

Perpaduan masyarakat juga diberi penekanan selain daripada melindungi hak semua penduduk dan komuniti. Keputusan ini juga telah dibuat bagi mencegah golongan tertentu atau pihak yang korup daripada mengambil kesempatan atas nama keselamatan komuniti.

Harus diingat bahawa skim komuniti berpagar tidak formal ini BUKAN suatu 'G&G' yang mempunyai kelulusan rasmi. Ia hanya wujud sekadar skim tanpa paksaan selagi ia tidak menimbulkan masalah kepada komuniti atau sengketa diantara penduduk.

Pengawal keselamatan di semua kediaman (bukan-persendirian) tidak dibenarkan menghalang kenderaan keluar masuk dan mereka tidak dibenarkan meminta dokumen pengenalan orang awam. Sistem kad akses juga tidak dibenarkan kecuali di kediaman atau premis persendirian sahaja. *(Sila rujuk kpd Garis Panduan Majlis dan Pekeliling drp KDN). Sekian, terimakasih.

Rukun Tetangga dan Rukun Negara ke arah
Keluarga Malaysia, Malaysia Prihatin





----<<<>>>----

PBT SELANGOR
February 4, 2018 2:05 pm
OLEH SYAZWANI SUFIAN
Selangorkini

SHAH ALAM, 4 FEB: Sebanyak 30 taman perumahan melaksanakan sistem kawalan berpagar tanpa kebenaran Majlis Perbandaran Ampang Jaya(MPAJ).

Yang Dipertuannya, Abd Hamid Hussain berkata, hanya 20 daripada 50 taman perumahan sahaja sudah mendapatkan kelulusan manakala selebihnya dilaksanakan secara haram.

“Memang kita menerima banyak permohonan daripada persatuan penduduk untuk mewujudkan sistem kawalan secara berpagar dan berpengawal, namun permohonan mereka tidak diluluskan kerana tidak menepati syarat ditetapkan."

“Mengikut garis panduan oleh Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) dan Lembaga Perumahan dan Hartanah, semua penduduk perlu bersetuju untuk mewujudkan sistem itu,” katanya dalam sidang media selepas mesyuarat MPAJ baru-baru ini.

Hamid berkata, untuk mewujudkan sistem kawalan tersebut, pembangunan perumahan perlu mempunyai kawasan seluas lebih daripada tiga ekar.

“Ia adalah piawaian yang telah ditetapkan KPKT."

“Jika pembangunan perumahan seluas satu ekar mahu mewujudkan sistem itu, mereka perlu membayar yuran yang mahal kerana jumlah rumah yang sikit,” katanya.

Tambah Hamid lagi, pelaksanaan sistem itu juga perlu mengambil kira banyak faktor lain antaranya tidak menghalang perjalanan penduduk di kawasan lain kerana terdapat juga beberapa perumahan yang jalannya dikongsi.

Selain itu, untuk melaksanakan sistem tutup laluan (boom gates) ke perumahan, mereka hanya boleh tutup dari jam 12 malam hingga 6 pagi sahaja.

Popular Posts