Selain daripada skim Kawasan Rukun Tetangga (KRT) atau Skim Rondaan Sukarela (SRS), ...Kepolisan Komuniti (Community Policing) juga boleh dilaksanakan untuk bantu banteras jenayah di taman-taman perumahan.
Tak payah usahakan skim berpagar haram atau skim yang tidak mengikuti garis panduan yang telah ditetapkan PBT. Persatuan Penduduk yang mati-mati hendak mengusahakan skim berpagar atau skim berpengawal di kawasan kediaman bukan swasta sebenarnya adalah korup dan mempunyai agenda tertentu.
Garis panduan serta syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS) bagi pihak RA yang hendak melaksanakan skim berpagar dan/atau skim berpengawal adalah tepat dan memadai.
Untuk kelulusan skim berpagar menggunakan kad akses, persetujuan 100% diperlukan. Kalau tidak, kad akses automatik adalah dilarang sama sekali. Ini penting sebab ia meliputi harta bukan-persendirian. Untuk skim kejiranan berpengawal tanpa kegunaan kad akses, sekurang-kurangnya persetujuan penduduk 75% diperlukan.
Kalau syarat-syarat tersebut tidak dikenakan, pihak RA akan buat macam-macam untuk menyusahkan komuniti dan memaksa mereka bayar (yuran bulanan untuk kad akses supaya senang untuk keluar masuk kediaman mereka tanpa ditahan/ganggu - siapa tak bayar kad mereka akan disekat).
Pengawal keselamatan diarah untuk menghalang penghuni yang ingkar. Inilah cara pihak RA beroperasi untuk mengaut keuntungan. Akhirnya, gejala atau wabak 'GnG' haram di seluruh negeri akan menjadi tidak terkawal dan perpaduan masyarakat akan terjejas dengan lebih teruk lagi.
Cukuplah, pada masa negara dan rakyat mengalami pelbagai tekanan terutamanya tekanan ekonomi akibat Covid-19, kita semua kena lebih bijaksana dan kita kena jaga kita. Pihak kerajaan juga kena lindungi kita semua. Bantu rakyat kerajaan prihatin.
Jangan percaya sangat cakap RA. Mereka hanya segelintir penduduk yang mempunyai kepentingan kendiri. Pihak pemaju SDP pun telah memberi penjelasan bahawa seluruh projek rumah teres 2 tingkat di BBR tidak diwartakan sebagai kediaman 'GnG' yang sah waktu projek bermula.
Bagaimana program kepolisan komuniti boleh diberi lebih penekanan dan dipertingkatkan lagi sedangkan tiada pihak persatuan penduduk (RA) yang sanggup melaksanakannya? Kawasan Rukun Tetangga atau Skim Rondaan Sukarela pun mereka tiada minat langsung sebab tidak melibatkan yuran bulanan yang dikenakan kepada penduduk.
Sebenarnya hampir semua persatuan penduduk (RA) yang mengusahakan skim berpagar dan berpengawal di taman perumahan bukan swasta adalah korup dan mempunyai matlamat mereka sendiri. Selagi pihak kerajaan tidak mengambil tindakan sewajarnya, semua program kerajaan seperti KRT dan Kepolisan Komuniti tidak akan dapat dijayakan.