PM launches Rukun Tetangga Leadership Empowerment Plan 2021 - 2030

Pelan Pemerkasaan Kepimpinan Komuniti Rukun Tetangga 2021 - 2030
_____________

Peranan dan Inisiatif Baru Pihak Swasta dan Komuniti dalam menjayakan KRT

Satu cadangan yang utama ialah... semua taman perumahan di bawah Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) hanya dibenar menubuhkan KRT atau Komuniti Rukun Tetangga bersama Skim Rondaan Sukarela (SRS). Skim berpagar dan/atau skim berpengawal tidak lagi dibenarkan di taman perumahan bukan persendirian. Persatuan penduduk yang berkenaan mestilah menubuhkan KRT, bukan GnG.

Peranan dan inisiatif baru pihak swasta serta rakyat prihatin dalam menyokong usaha kerajaan ("Pelan Pemerkasaan Kepimpinan Komuniti Rukun Tetangga 2021 - 2030" oleh PM) harus juga dipertingkatkan agar program Komuniti Rukun Tetangga dapat dilaksana dan diperluaskan dengan berjaya.

Kita semua (rakyat) mesti turut bantu usaha kerajaan dalam menjayakan program ini. Pelan dan program ini juga adalah untuk kebaikan kita semua. Usaha yang mulia ini oleh kerajaan adalah satu bukti kepimpinan YAB PM sungguh mantap, prihatin, berpengalaman, mempunyai visi yang baik, amat menitikberatkan kebajikan dan perpaduan rakyat serta kesejahteraan dan kemakmuran negara.

Marilah kita bersama-sama turut memberikan fokus yang lebih untuk menjayakan usaha kerajaan ini. Kita semua hendaklah mempastikan usaha kerajaan ini tidak disia-siakan atau dilupakan begitu sahaja. Rakyat yang prihatin ialah rakyat yang turut menyumbang kepada perpaduan dan kesejahteraan komuniti serta kemakmuran negara.

Untuk pihak swasta, pihak yang terlibat secara langsung seperti pihak pemaju hartanah harus mengkaji semula dasar polisi dan strategi mereka berlandaskan perpaduan dan kesejahteraan komuniti dalam pelan utama mereka.

Pemaju hartanah (seperti Sime Darby Property dan SP Setia) yang membina projek-projek perumahan mulai sekarang harus memperhalusi pelan-pelan pembangunan mereka supaya ia selari dengan usaha kerajaan berlandaskan perpaduan komuniti melalui skim Komuniti Rukun Tetangga. 

Setiap taman perumahan (kediaman umum) mesti ditubuhkan bersama skim KRT, bukan skim berpagar haram lagi.

Justeru, Skim Komuniti Rukun Tetangga (KRT) harus diperkenalkan oleh pemaju dari permulaan projek perumahan. Bukan kemudian.

Ini penting sebab apabila projek sudah siap nanti, akan terdapat golongan tertentu dalam komuniti yang mungkin dipengaruhi oleh sindiket, yang akan cuba melaksanaan skim berpengawal GnG haram untuk mengaut keuntungan.

Tanggungjawab ini (pelaksanakan skim) tidak harus diserahkan kepada komuniti selepas projek siap kemudian. Sebabnya ialah nanti skim KRT tidak dilaksanakan. Yang dilaksanakan ialah skim berpagar haram oleh pihak yang tidak bertanggung jawab.

Pihak pemaju seperti Sime Darby Property yang memasang pagar pekeliling (perimeter fencing) selepas projek siap untuk penambahbaikan privasi dan keselamatan penduduk harus meletakkan terma dan syarat untuk menyatakan ia dipasang bukan untuk tujuan pelaksanaan skim berpagar.

Pihak pemaju (hartanah bukan-swasta) harus menyatakan bahawa pagar yang dipasang adalah ciri tambahan untuk keselamatan komuniti dan didirikan untuk KRT di kemudian hari. (Tolong jangan berikan tanggapan yang salah kepada penduduk bahawa pagar yang dipasang adalah untuk skim berpagar).

Bagi pihak PBT pula, adalah wajar untuk menyemak semula semua syarat-syarat dan garis panduan yang berkaitan dengan skim komuniti berpagar dan sebagainya. Pihak PBT hendaklah turut memainkan peranan mereka dalam mempastikan strategi mereka selari dengan usaha kerajaan pusat.

Sudah tiba masanya pihak majlis daerah menggubal segala polisi, garis panduan, peraturan dan syarat untuk pelaksanaan skim komuniti GnG yang tidak formal terutamanya di semua taman perumahan bukan swasta. Wabak GnG haram patut dikawal dan dibendung sekarang.

Fokus harus diberikan kepada KRT sekarang. Usaha untuk memperkenalkan dan mengaktifkan skim Komuniti Rukun Tetangga hendaklah dipertingkatkan dengan lebih giat lagi.

Selama ini skim berpagar yang tidak formal telah menimbulkan pelbagai masalah kepada penduduk dan sengketa di kalangan komuniti telah membelah-bahagikan masyarakat. Akibatnya keharmonian dan perpaduan komuniti terjejas dengan teruk sekali. Skim GnG haram ini sebenarnya hanya berkepentingan segelintir penduduk sahaja yang mempunyai agenda tertentu.

Kita percaya persatuan penduduk (RA) yang prihatin dan bertanggungjawab akan turut membantu kerajaan untuk menjayakan program Komuniti Rukun Tetangga (KRT).

Dengan adanya KRT, komuniti boleh menyertai Skim Rondaan Sukarela (SRS) di taman perumahan masing-masing. Kita percaya SRS ini juga akan dapat menaikkan tahap kesedaran keselamatan komuniti dan pada masa yang sama memupuk perpaduan masyarakat.

Pihak Majlis Perbandaran dan Majlis Bandaraya kenalah semak semula semua syarat dan garis panduan untuk skim komuniti berpagar di kediaman bukan-persendirian. PBT hendaklah memastikan komuniti sentiasa dilindungi daripada pelbagai scam ataupun helah daripada pihak yang cuba mengambil kesempatan.

Pihak PBT juga hendaklah mengeluarkan terma dan syarat baru terhadap semua permohonan baru dan skim sedia ada. Mungkin semua skim berpagar haram atau skim yang tidak formal sedia ada diberi satu tempoh masa untuk digantikan dengan skim Komuniti Rukun Tetangga (KRT).

Dengan tertubuhnya Komuniti Rukun Tetangga, maka PDRM boleh memberi sokongan dan galakan untuk menjayakan skim rondaan sukarela (SRS) dengan komuniti. Kita pun percaya komuniti sebenarnya suka mengadakan program yang dapat meluangkan masa dan bermesra bersama polis (PDRM).

Pembabitan Polis DiRaja Malaysia (PDRM) dalam skim rondaan sukarela (SRS) bersama komuniti di bawah agenda pertama KRT (keselamatan komuniti) akan memberi impak yang positif sekaligus mengeratkan lagi hubungan dua hala di antara komuniti dan pihak berkuasa. Ini juga akan menaikkan tahap kesedaran keselamatan di kalangan komuniti.

Kita patut sedar bahawa kita semua mempunyai peranan masing-masing dalam menjayakan usaha kerajaan. Jangan lupa perpaduan masyarakat asas kemakmuran negara.

Di akhir kata, ingin kita meluahkan perasaan bangga, gembira dan teruja. Kita juga amat berterimakasih kepada YAB Perdana Menteri yang dikasihi. Tidak lupa juga kita hendak mengucapkan ribuan terima kasih kepada Menteri Perpaduan Negara serta Timbalannya yang telah banyak membuat kerja baik ini.

Sekian, terima kasih.
Rakyat Prihatin


*********************


RA digesa tubuhkan KRT untuk perpaduan (bukan skim berpagar)

Semua persatuan penduduk (RA) digesa menubuhkan skim Komuniti Rukun Tetangga (KRT) untuk kesejahteraan dan perpaduan komuniti - bukan skim GnG yang membelah bahagikan masyarakat dan berkepentingan segelintir penduduk sahaja.

Satu cadangan yang utama ialah... semua taman perumahan di bawah Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) hanya dibenar menubuhkan KRT atau Komuniti Rukun Tetangga bersama Skim Rondaan Sukarela (SRS). Skim berpagar dan/atau skim berpengawal tidak lagi dibenarkan di taman perumahan bukan persendirian. Persatuan penduduk yang berkenaan mestilah menubuhkan KRT, bukan GnG.

Skim berpagar tidak formal yang dilaksanakan di taman-taman perumahan di bawah PBT adalah tidak selari dengan perundangan dan inisiatif kerajaan. Hanya skim berpagar formal yang sahih dibenarkan di kediaman eksklusif swasta atau di harta persendirian sahaja.

Jangan mudah terperdaya oleh Persatuan Penduduk (RA) di kediaman anda yang hanya berminat untuk usahakan Skim Berpagar atau Skim Berpengawal. Skim Kawasan Rukun Tetangga KRT atau Komuniti Rukun Tetangga tidak diberi perhatian atau peluang langsung walaupun digalakkan oleh pihak kerajaan pusat.

Walaupun PDRM banyak memberi sokongan dan kerjasama untuk menjayakan program Skim Rondaan Sukarela SRS, banyak Persatuan Penduduk masih tidak berminat untuk melaksanakan KRT di taman perumahan mereka. Adakah pihak persatuan penduduk ini tidak prihatin atau mereka sebenarnya adalah korup?

Pihak persatuan penduduk (RA) sepatutnya tahu pelaksanaan skim berpagar di taman-taman perumahan rumah teres di bawah PBT (kediaman bukan persendirian) adalah tidak sah dan tidak selari dengan perundangan sediada.

PBT tidak boleh memberi kelulusan rasmi kepada skim berpagar yang tidak formal. (Kelulusan rasmi hanya boleh diberikan kepada skim komuniti berpagar dan berpengawal yang formal sahaja). 

Walaupun permohonan mereka tidak dapat memenuhi garis panduan dan syarat-syarat ditetapkan, mereka masih berdegil melaksanakan skim berpagar mereka.

Terdapat juga pihak RA yang tidak jujur semasa membuat permohonan dan pelaksanaan skim kawalan mereka. Walaupun hanya memperolehi persetujuan 75%, mereka masih melaksanakan skim berpagar dengan sistem kad akses yang dilarang.

Caranya ialah, pada mulanya mereka melaksanakan skim berpengawal sahaja tanpa kad akses. Sistem kad akses tidak dipasang dahulu sebab mereka tahu ia tidak dibenarkan pihak berkuasa. Tetapi setelah mereka beroperasi untuk beberapa bulan, barulah mereka melaksanakan sistem kad akses mereka.

Lepas itu, gejala korup pihak RA mula tonjol. Semua syarat, garis panduan dan peraturan pihak berkuasa diabaikan. Jalanraya awam mula dihalang. Walaupun kediaman itu bukan harta persendirian, kenderaan serta komuniti setempat dihalang keluar masuk. 

Komuniti sekitar dan penduduk yang tidak menyertai skim juga dihalang dan "disusahkan". Pengawal keselamatan pula diarah meminta dokumen pengenalan seperti MyKad atau lesen memandu pihak awam walaupun ia adalah satu kesalahan (di bawah Peraturan 7 KDN Peraturan Pendaftaran Kebangsaan 1990). Banyak kes yang berlaku seperti ini, dan PBT tidak dapat memantau kegiatan mereka semua pada setiap masa.

Akhirnya pihak RA yang melaksanakan skim berpagar haram seperti ini banyak mencetuskan kemarahan dan sengketa di kalangan komuniti. Skim-skim yang sudah menjadi luar-kawalan seperti ini telah menjejaskan perpaduan komuniti dengan teruk sekali. Skim GnG haram ini sebenarnya hanya berkepentingan segelintir penduduk sahaja yang mempunyai agenda tertentu.

Terdapat banyak RA yang menipu komuniti mereka bahawa cuma 75% persetujuan diperlukan bagi memohon kelulusan skim berpagar dengan kad akses. Mereka sebenarnya tidak telus dan tulus kepada komuniti. Ramai yang keliru atau tak pasti, dan pihak RA telah mengambil kesempatan untuk menjayakan agenda mereka.

Kononnya niat pihak RA yang melaksanakan 'GnG' haram ini adalah untuk keselamatan penduduk. Tetapi pemikiran kritikal haruslah dipraktikkan di sini agar tidak ada mana-mana pihak yang dapat mengambil kesempatan mengaut keuntungan dengan sewenang-wenangnya. 

Adakah 'wabak GnG haram' ini dibelenggu oleh 'kartel' yang beroperasi di kawasan perumahan tertentu sahaja atau secara meluas di seluruh negara? Wabak ini kalau tidak diambil tindakan sewajarnya akan terus memudaratkan lagi perpaduan komuniti, kaum dan masyarakat. 

'GnG' haram ini telah banyak menimbulkan pelbagai masalah kepada komuniti. Ia adalah seperti wabak penyakit parasit dalam komuniti kita sekarang dan ia membelah-bahagikan masyarakat.

Sebagai rakyat prihatin kita patut hentikan gejala wabak 'GnG' haram ini dan promosikan Komuniti Rukun Tetangga untuk semua taman perumahan bukan-swasta. (Biar skim komuniti berpagar yang formal sahaja beroperasi di taman perumahan swasta eksklusif yang diwartakan).

Kita juga menyeru kepada semua PBT seperti majlis perbandaran /bandaraya dan PDRM agar tidak meluluskan permohonan persatuan penduduk yang tidak dapat memenuhi semua syarat ditetapkan. Tolong jangan berikan mereka 'lesen' untuk meminta bayaran daripada penduduk. 

Lebih penting lagi ialah untuk menjaga harmoni, perpaduan dan kesejahteraan komuniti. Melaksanakan 'GnG' haram adalah seperti wabak penyakit parasit dalam komuniti kita sekarang dan ia membelah-bahagikan masyarakat. Lebih baik aktifkan Kawasan Rukun Tetangga.

Mulai sekarang, pihak pemaju seperti Sime Darby Property dan SP Setia harus memainkan peranan yang lebih aktif dan selari dengan usaha kerajaan untuk memupuk perpaduan komuniti melalui KRT. Pihak pemaju juga haruslah memainkan peranan untuk memastikan gejala wabak GnG haram tidak berleluasa lagi.

Pihak pemaju mulai sekarang hendaklah cuba dengan lebih giat lagi untuk bantu usaha kerajaan untuk menjayakan agenda ini selepas Perdana Menteri kita melancarkan "Pelan Pemerkasaan Kepimpinan Komuniti Rukun Tetangga 2021 - 2030" kepada seluruh negara.

Pihak pemaju mulai sekarang hendaklah cuba mengintegrasikan pelan pembangunan mereka dengan pelan kerajaan berlandaskan Komuniti Rukun Tetangga dan "National Unity Blueprint 2021-2030".

Semua persatuan penduduk digesa tubuhkan KRT di kediaman masing-masing untuk menggantikan skim kawalan haram dengan Skim Rondaan Sukarela di bawah Komuniti Rukun Tetangga KRT.

Sudah tiba masanya program dan aktiviti Komuniti Rukun Tetangga diambil sirius oleh semua. Marilah kita bersama-sama menjayakan program KRT yang dilancarkan baru-baru ini oleh YAB Perdana Menteri yang kita sanjungi dan kasihi. Terima kasih PM.

Malaysia Prihatin
dan Kita Jaga Kita

______________






Popular Posts