Sudah tiba masanya program dan aktiviti Rukun Tetangga diambil sirius oleh semua penduduk taman perumahan dan kediaman biasa. Semua persatuan penduduk digesa menubuhkan KRT di kediaman masing-masing untuk menggantikan skim kawalan haram.
(Skim berpagar dan berpengawal hanya dibenarkan di taman perumahan swasta/strata dan premis persendirian sahaja). Skim-skim 'GnG' tidak sah telah selama ini menjejaskan perpaduan komuniti dan membelah bahagikan masyarakat setempat. Jangan biarkan gejala ini menggugat perpaduan negara. Malaysia prihatin dan kita jaga kita!